Program Safe Shield Dan Kuiz Kahoot Bersama KEMAS Kaktus 1
23 November 2024 | Aktiviti Terkini22 November 2024, Jumaat - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Dan Kuiz Kahoot Bersama KEMAS Kaktus 1. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah dijalankan di NADI Presint 9 Fasa 3. Seramai 19 orang pelajar yang terdiri daripada 13 orang pelajar perempuan dan 6 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini. Kelas ini juga turut dibantu 1 orang Guru Tabika. Kelas ini telah dijalankan selama 1 jam yang bermula pada jam 10.00 pagi dan diakhiri pada jam 11.00 pagi.
Kelas dimulakan dengan sesi senaman dari NADI Putrajaya iaitu A Ram Sam Sam kemudian diikuti dengan senaman Chicken Dance.
Aktiviti yang telah dijalankan adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya. Selain itu, adik-adik Tabika juga berpeluang belajar sambil bermain dalam operasi tambah dan tolak menggunakan website Kahoot.It.
Kemudian aktiviti diteruskan dengan tayangan video khas Program Safe Shield iaitu Cybergrooming dan Cyberbullying. Tayangan ini khusus untuk mendidik mereka menjadi pengguna Internet yang bertanggungjawab dan bijak. Mereka juga didedahkan dengan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Kelas diakhiri dengan sesi bergambar Bersama guru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: